Translate

Pengintai Setia

Sunday, December 15, 2013

Apa itu dipanggil sahabat ?

Dalam sandaran waktu 
Ku berlari mencari jejakmu 
Yang terenggut 
Oleh seorang sahabat

Kepedihan menyiksa jiwa ini 
Di saat semua itu
terjadi dalam kehidupanku ,
dalam kisah pilu ini

rintihan tangis ku
merubah cakrawala menjadi sunyi,
harapan yang dulu bersinar 
kini tertutup awan hitam 

sahabat ……apa salahku 
hingga kau hentikan langkahku,dan apa dosaku 
hingga kau merebut semua kebahagiaan 
bahkan membunuh jiwa ini

tulus dari hatiku : A

Tuesday, December 3, 2013

Petang Selasa Tadi




Serba kurang,
Ranting kedapatan telanjang.

Langit muram,
Setia corak alam.

Tiada jelik tetap cantik,
Jadi kita bangkit,
Kejar tiap detik.



Sunday, December 1, 2013

Terima Kasih untuk sakit ini. Terima kasih untuk rabak ini.

Kau cara kau, 
Aku cara aku.
Tapi satu hal, 
aku tidak akan letak diri aku ke tahap kebodohan kau.
Sebab aku dah tahu kau sebenarnya kaca yang lebih berbisa dari duri.

Tapi tidak bermakna aku akan mempercayai kau lagi
Kerna kepercayaan sekali dikotorkan
Selama-lamanya kau tidak akan dapat kembali



Calar: Jaja Haniff

Friday, November 29, 2013

Cinta Hakiki


Khabar Gumbira


Alhamdulillah, AnakBujang terpilih untuk senarai panjang 100 orang komuniti #seratusmulut.

Ya kedua kami dapat peluang. Percubaan yang tidak sia-sia. 
Sekarang tengah berdebar gundah gulana menunggu ucap balas Kak Yong #seratusmulut.

Puisi yang terpilih bakal dibukukan terbitan @bukstor yang dijangkakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan
dan setiap yang terpilih akan dapat tshirt rare #seratusmulut, ditempah khas hanya 100 helai.


Cover oleh @SerigalaJadi


Tshirt rare 100 pemuisi seratusmulut


Selain kad keahlian dan menyertai event-event puisi bersama komuniti.
Doakan puisi kami AnakBujang "Cinta Hakiki" dan "Kafein TigaDalamSatu" 
dapat bawa pergi kami lebih jauh :)


Lebih lanjut boleh ke http://seratusmulut.tumblr.com/

Terima Kasih

Kau terima kasih untuk apa?

Tak perlu.

Kau memang layak untuk itu,

Dan aku hanya perantara,

Yang belajar kenal ikhlas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...